Sunday, April 19, 2009

Salinan Ujian Makmal Yang Dilakukan Sendiri Oleh Salah Seorang Pengguna Bertarikh 5 Februari 2009


Sebenarnya ramai pengguna yang membuat ujian makmal sebelum mengguna produk Goji Guarana dan Goji Guarana Extra. Ada yang hantar ke UPM, ada yang membuat sendiri ujian di makmal Kementerian Kesihatan dan Jabatan Farmasi dan ada yang menghantar ke luar negeri untuk mendapatkan hasil ujian yang tidak diragui lagi. Semua hasil ujian menunjukkan tiada dadah terlarang di dalam produk Goji. Inilah yang mengejutkan banyak pihak apabila ada serbuan dilakukan ke Kilang memproses Goji, hanya berdasarkan aduan awam. Malah ada blog yang terus menghukum bahawa sudah terdapat hasil ujikaji makmal mendapati, ‘Goji’ yang diproses, mengandungi ‘sildenafil’ , bahan utama dalam proses membuat ubat penguat tenaga batin, Viagra.